Friday, 29 May 2020

GUNA STRATEGI MARKETING KUNO ATAU TRENDING?


Amaran : Tulisan Cikgu iEta ini panjang. Jika anda malas membaca dan tidak ada masa nak membaca atau anda sudah terlebih bijak pandai, skip terus dan anda DILARANG membaca.

Cikgu iEta, Strategi Marketing, Rahsia Social Media, Rahsia Carian Google, Cikgu iEta, Social Media Expert, Speaker Digital Marketing, Jom belajar, Instagram, Dunia Niaga iEta Enterprise
Sudah lama Cikgu iEta buat logo ni. Hari ni terjumpa balik logo DUNIA NIAGA iEta Enterprise ni. Dulu Dunia Niaga iEta Enterprise ni serupa kedai runcit laman maya. Banyak produk niaga yang diniagakan secara Offline dan Online. Hingga ke hari ini masih dijumpai di enjin carian Google. 😍
STRATEGI MARKETING

1) Marketing ni ada banyak. Jangan kuno, jumud, ortodok dan skeptikal sangatlah ya sangka teknik kaedah kita sahaja yang bagus orang lain semua tidak bagus. Guna sahaja asalkan sales mashsyuk dan halal.

2) Golongan professional, biasanya tidak bersangka-sangka tanpa selidik dahulu maksud tujuan Marketer. Jika tidak faham tu, belajarlah. Jangan tahu nak kondem dan ciplak idea sahaja. 😪

3) Buat emoji ni 🙄pun ada yang tidak bersetuju. Lawaklah. Cikgu iEta tak ada masalah pun dengan orang yang menggunakan emoji ini. Minda Niaga tu kena terbuka usah jumud, ortodok, skepstik dan mandom sangat.

4) PERKARA YANG MELANGGAR ETIKA.


4.1) Kalau belajar etika keusahawananlah kan, ini antara perkara yang sebetulnya LANGGAR ETIKA DAN TIDAK BERADAB.

4.1.1) Beriklan pada posting orang.

4.1.2) Beriklan dalam group orang (melainkan dengan izin tidak mengapa).

4.1.3) Beriklan di laman sosial peribadi.

4.1.4) Copy paste tanpa izin (plagiat).
Ini ramai owner produk buat. Abam Mark Zurkebergh sudah sediakan dah button SHARE. Lagi mau copy paste (plagiat a.k.a curi) posting dan ayat tenaga penggerak produknya sendiri.  Cakap tempelak orang pandai tapi sendiri yang tidak beretika dan beradab. Amenda? 🙄🤦

Buruknya perangai. Antara sebab bisnes dan kehidupan selalu stuck. Buat apa pun banyak sekerat jalan. Sebab mencuri sahaja kerjanya. 

4.1.5) Unprofessional.
Bawa hal orang lain (mengumpat atau mengagungkan taksub terlampau) dalam group orang lain.

Buruknya perangai. Antara sebab bisnes dan kehidupan selalu stuck. Buat apa pun banyak sekerat jalan. Sebab suka ber 'ghibah' (mengumpat) dan taksub melampau yakmat tanpa kenal orang yang dighibah dan ditaksubkan dengan sebenar. 😎

4.1.6) Budaya caras-mencaras.

Ramai owner produk, G.A.M, stokis, agent, dropship, trainer, marketer termasuk orang awam selalu buat kerja begini.

Contoh 1 : Rebut Client dari database Peniaga lain.
Contoh 2 : Owner produk caras Stokis sendiri. 

Buruknya perangai. Antara sebab bisnes dan kehidupan selalu stuck. Buat apa pun banyak sekerat jalan. Sebab mencaras (mencuri) sahaja kerjanya. 🤦

Oh ya, Cikgu iEta ada 393,000 database di dalam file Excel dan 500,000 database laman maya. Collect sendiri dan ada yang dapat percuma. 😍

4.1.7) Budaya tikam belakang.
Ramai owner produk, G.A.M, stokis, agent, dropship, trainer, marketer termasuk orang awam selalu buat hal begini.

Buruknya perangai. Antara sebab bisnes dan kehidupan selalu stuck. Buat apa pun banyak sekerat jalan dan tidak menjadi. Sebab asyik mahsyuknya menikam belakang sahaja kerjanya. 🙄

5) Sebenarnya 4 perkara yang melanggar etika dan adab keusahawanan Cikgu iEta nyatakan itulah yang lebih tidak beretika. Sangat lucu bila ada yang sentuh bab etika tetapi diri sendiri sebenarnya lebih tidak beretika. 🙄

6) Sebab ramai yang tidak tahu etika dan adab keusahawanan tetapi hendak bercakap bab etika dan adab. Sebab itu Cikgu iEta kongsikan berkaitan GUNA STRATEGI MARKETING KUNO ATAU TRENDING? Ni hari ini.

7) Sebagai seorang Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JAWI, yang bermula dari menulis di Blog (BLOGGER), memang Cikgu iEta bergaul dengan SEMUA GOLONGAN termasuklah Marketer, Guru Online, Master, Sifu, Usahawan dan Trainer. 

8) Jadi Cikgu iEta belajar kaedah banyak perkara. Bukan hanya main copy paste tangkap muat idea orang sahaja untuk dimasukkan ke dalam Seminar, Ebook dan Penulisan Cikgu iEta.

9) Pengalaman dan idea Cikgu iEta lebih mahal dari title Social Media Expert, Speaker Digital Marketing Cikgu. Lebih mahal dari sekeping kertas bernama sijil. Ada sijil tapi sijil tipu, ada tittle tapi tipu, ada company ada produk tapi tipu, ada ramai follower tapi PENIPU nak buat apa? Piiirahhhh! 😛

10) Raya, raya juga. Kerjaya jangan ke laut dalam terus. Rugi tau. 😆

MAKLUMAN

11) Rahsia Carian Google, 8 bulan sesi perkongsian Cikgu iEta memang ada perkongsian berkaitan STRATEGI PENIPUAN ONLINE supaya semua peserta alert baik anda Usahawan Online atau Offline, anda mesti pastikan anda sendiri berada dalam enjin carian GOOGLE tanpa MENIPU.

Ada video, nota dan Ebook juga Asas Blog. Join GROUP INFO ini bit.ly/RahsiaCarianGoogle ya.

Atau daftar terus di SINI. tekan gambar ni 👇


Terima kasih dan Tahniah selesai membaca perkongsian Cikgu iEta tentang GUNA STRATEGI MARKETING KUNO ATAU TRENDING? Semoga bermanfaat. Silakan share ya. Cikgu IEta tak marah. 😊❤

No comments:

Post a comment